Kenali GCP


PENGENALAN
Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP) adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputra sepenuhnya. ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 26 Mac 2009 sebagai pembekal barang kemas, jongkong emas, dinar emas, dan syiling emas.

GCP hanya menjalankan peniagaan jual beli emas SAHAJA dan tidak terlibat dgn perniagaan berunsur skim pelaburan emas,skim piramid, multilevel marketing, dan sebarang aktiviti yg menyalahi akta AMLAA, AMLATFA, BAFIA dan SC.

GCP ditubuhkan oleh sepasang suami isteri iaitu En. Shamsul Anuar b. Md Ali berasal dari Felda Gedangsa Hulu Selangor & Pn. Norliza bt Ngatiman berasal dari Desa Temu Jodoh Segamat yg merupakan bekas guru dan telah berkhidmat selama 11 tahun dlm bidang perguruan.

Bersandarkan pengalaman dan kepakaran mendidik modal insan serta kajian yg dilakukan dalam industri emas, beliau telah membuat keputusan utk bergiat secara sepenuh masa dalam industri emas dgn memberi peluang kepada Bumiputra khasnya utk menceburi bidang perniagaan emas.

Bagi membantu usahawan-usahawan emas di bawah naungan GCP, bantuan modal diberikan khusus kepada pengedar-pengedar yg aktif. Kini GCP merupakan platform terunggul yang telah melahirkan ramai usahawan dan jutawan emas.

PRODUK UTAMA
Bagi menggalakkan masyarakat menyimpan emas tulin, GCP telah mengeluarkan Rantai Tangan emas 999 dan 916 sebagai produk utama.

Selain itu GCP telah mengeluarkan Gold bar 999 dan dinar sendiri iaitu DINAR GCP yang berketulinan 999.9 mengikut piawaian matawang dinar yang digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W.

GCP juga merupakan pembekal sah jongkong emas PAMP SUISSE keluaran PAMP S.A Switzerland.

VISI
Simpanan emas menjamin masa depan

MISI
Meningkatkan Ekonomi Bumiputra Melalui Simpanan Emas

MATLAMAT
Mendidik masyarakat tentang pentingnya simpanan emas untuk kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi dan politik.

Melahirkan masyarakat yang celik ilmu tentang emas yang kalis inflasi.

Memberi peluang kepada Bumiputra untuk meningkatkan ekonomi melalui simpanan emas dan perniagaan emas.

SYARAT
Satu salinan kad pengenalan
Dua keping gambar ukuran passport
Salinan bil elektrik/air/telefon kediaman terkini.
Yuran Keahlian/Pendaftaran : RM1,000 - anda akan mendapat keistimewaan/faedah sebagai pengedar seumur hidup, bisness kad dan i'd tag.

KEISTIMEWAAN / FAEDAH MENJADI PENGEDAR

  1. Membeli emas dengan harga MURAH iaitu diskaun sehingga 8% (EMAS 999) & 4% (EMAS 916) daripada harga pelanggan di web GCP & spread jual semula kpd GCP serendah 5%. 
  2. MODAL disediakan dalam bentuk stok emas. 
  3. MODAL wang tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual. 
  4. MODAL wang tunai disediakan untuk membeli emas terpakai. 
  5. Perkhidmatan penghantaran PERCUMA
  6. Perkhidmatan selepas jualan.
  7. Kursus Usahawan EMAS PERCUMA
  8. Insentif Pengedar (ganjaran wang tunai kpd pengedar) 
  9. Bantuan pemasaran di akhbar & majalah 
  10. Seminar PERCUMA utk pengedar & prospek 
  11. Personal Coaching dgn pemilik GCP secara PERCUMA


CARA MENDAFTAR 
1) Buka website www.gcp.com.my

2) Klik register dan masukkan nama dan nombor I'd introducer (pengedar GCP yg memperkenalkan anda kpd GCP, contohnya : ad3034)

3) Isi borang yg disediakan dan ikut arahan hingga akhir.

4) Bank in RM 1,000 ke akaun Maybank Goldcrest Pavilion sdn bhd 505103003954 dan sms waktu bayaran ke 012-988 3145 atau email bukti bayaran, serta dokumen yg diperlukan ke sales@gcp.com.my.

Pendaftaran akan diproses oleh pihak GCP dalam tempoh 24jam mengikut masa bayaran dibuat. Kata nama/kata laluan akan dihantar melalui email dan sms.


PENUTUP
Emas adalah pelindung nilai yg terbaik. Lindungi diri anda dan generasi pewaris anda dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yg akan menyebabkan wang simpanan anda menyusut nilai. Berubahlah kepada simpanan emas. Kerana Rasulullah telah bersabda; akan tiba suatu zaman, tiada yg lebih berharga kecuali emas dan perak.
Usaha GCP untuk merealisasikan visi,misi dan matlamatnya telah tercapai dan akan terus melahirkan lebih ramai usahawan dan jutawan emas Muslim.

Kaya dan berjaya kerana Allah untuk dunia dan akhirat



KEBENARAN GCP BERNIAGA EMAS OLEH BANK NEGARA MALAYSIA

Tuan,

Kami merujuk kepada emel tuan bertarikh 13 Februari 2011 mengenai perkara di atas.

Kami ingin memaklumkan bahawa aktiviti membeli atau menjual emas bukanlah di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (Bank).Sehubungan dengan ini, tiada lesen khas atau kebenaran untuk berniaga emas diperlukan daripada Bank.

Walau bagaimanapun, kami ingin menasihati pihak tuan agar berhati-hati terhadap apa-apa bentuk skim pelaburan berbentuk emas yang menawarkan pulangan yang tinggi kepada para pelabur.

Jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (ABIK).

Aktiviti pelaburan seperti yang disebut di atas adalah menyalahi undang-undang. Sekiranya tuan melabur di sini, sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri.

Kami mengesyorkan agar tuan hanya melabur di institusi-institusi kewangan yang berlesen sahaja.

Untuk kemudahan tuan mengenal pasti sama ada sesebuah institusi kewangan/syarikat itu berlesen dengan Bank atau sebaliknya, sila rujuk senarai institusi kewangan/syarikat yang diberi lesen oleh Bank di laman web kami seperti di pautan berikut:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=17&pg=54&ac=57

Sekiranya syarikat/institusi kewangan tersebut TIDAK TERSENARAI di dalam laman web kami, bermakna syarikat tersebut TIDAK DIBERI LESEN oleh Bank untuk menjalankan operasi atau menawarkan produk/perkhidmatan kewangan.

Sekiranya tuan mempunyai maklumat berkenaan pengambilan deposit secara haram ataupun urusniaga wang asing secara haram, atau mangsa kepada aktiviti atau penipuan tersebut, hantarkan maklumat terperinci atau aduan beserta dokumen-dokumen sokongan ke Bank di alamat berikut:

Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato Onn
50480 Kuala Lumpur
Faks: 03-26987467
E-mail: bnmtelelink@bnm.gov.my

Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan isu-isu kewangan untuk makluman.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila layari
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=216&pg=701&ac=98
http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful, sila layari
http://www.bankinginfo.com.my
http://www.insuranceinfo.com.my

Terima kasih.

Fadhilah bt Zainal Abidin
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my


Syarikat Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (selepas ini disebut GCP) hanya menjalankan perniagaan jual beli emas SAHAJA dan Tidak menjalankan sebarang skim pelaburan emas ,Skim Piramid, Multi Level Marketing (MLM) dan sebarang bentuk aktiviti perniagaan yang menyalahi akta Syarikat 1965, AMLAA dan BAFIA. GCP tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak sekiranya pengedar GCP (selepas ini disebut sebagai pengedar) menyalahgunakan resit atau nama GCP untuk membuat program atau skim pelaburan emas atau sebarang aktiviti yg menyalahi akta Syarikat 1965, AMLAA, BAFIA dan undang-undang Malaysia. GCP tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tuntutan yang dibuat melalui Resit yang dikeluarkan oleh Pengedar.