Monday, May 21, 2012

Panduan meningkatkan simpanan emas keluarga ~ Part I


Gold Bar GCP - 24KRamai orang yang bercerita tentang emas sekarang ni. Macam-macam versi yang boleh didengar dan dibaca di internet, antaranya :

“pelaburan emas ni dapat duit bulan-bulan,dividen ini akan dapat selagi kita simpan emas” - skim

“beli emas dengan modal hanya RM5k,kita boleh dapat emas 100g,emas disimpan di bank” - sistem ar rahnu 35:65

“beli emas jenama X ni murah sangat berbanding emas syarikat lain” - spread sangat besar , sehingga 20%

“simpan emas tak rugi,harga naik je ” - jangka masa panjang ianya memang benar

“beli saham emas dapat dividen dan pulangan lumayan,syarikat dikenali seluruh dunia” - scam


Bagaimanakah kita nak pastikan yang kita menggunakan kaedah dan teknik simpanan emas yang betul?

Mudah sahaja!

Pastikan anda beli emas,dapat emas dan rancanglah simpanan anda mengikut keperluan sama seperti anda pernah menyimpan di bank sebelum ini.Ramai yang berlumba-lumba menyimpan seberapa banyak wang di bank, walaupun kadar pulangannya sangat rendah,dan jika tinggi sekalipun dividen tersebut,akan menjadi kurang semula atas faktor susut nilai wang kertas yakni INFLASI.

* Credit to Cikgu Simple (Founder JutawanGold.com)


KINI SEMUA ORANG MAMPU MEMILIKI EMAS

Gold Bar GCP - 1gram (24k)1 Gram GCP Goldbar 999.9 (24k). Murah untuk dimiliki, mudah juga untuk disimpan.

Sangat sesuai dijadikan hobi menyimpan bulanan sebagai ganti simpanan wang kertas yang susut nilainya saban tahun.

Boleh dijadikan hadiah dan maskahwin.

Jaminan belian semula oleh syarikat GCP.

Kini tiada alasan lagi untuk tidak memiliki emas.

Miliki 1 gram emas anda hari ini

MFaizal Ishak (ad3034) 012 667 1576 (SMS)
Nilai < - > HPCampus Cyberjaya
Official website: http://www.gcp.com.my/

Wednesday, May 16, 2012

EMAS tidak akan menjadikan anda KAYA !!!... Betul ker ??


EMAS tidak menjanjikan ANDA kekayaan sekelip MATA, namun ia dapat MENGELAKKAN anda dari jatuh MISKIN & PAPA.

Menyimpan EMAS bukanlah satu pelaburan Skim CEPAT Kaya

ANDA simpan ANDA dapatlah hasilnya. 

Elakkanlah diri ANDA dari terjebak dengan mana2 SKIM yang nampak terlalu mudah untuk dipercayai (too good to be true) yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda.

Lihatlah contoh graf dibawah, walaupun performance terdahulu bukanlah satu ukuran, namun ianya sudah cukup menggambarkan tempoh masa yang diperlukan untuk menyimpan EMAS.








Sunday, May 13, 2012

Kita Perlu Memasarkan Bisnes di Facebook! Kenapa?

Pada hari ini, buka sahaja internet pastinya perkara pertama yang akan diakses adalah akaun Facebook.

Tidak kira bila masanya, fenomena Facebook kita telah menular di muka bumi. Namun, tidak salahnya kita sebagai usahawan menggunakan kelebihan Facebook ini bagi memasarkan bisnes kita kepada pasaran!

Jom kita lihat, mengapa ianya perlu?


01. Ratusan Juta Pengguna Facebook
Pengguna Facebook terus meningkat dari hari ke hari. Manakala jumlah pengguna Facebook dari Malaysia adalah di antara yang tertinggi di dunia dan Asia. Kita tidak akan mengambil kesemua jutaan pengguna itu, sebaliknya kita boleh tentukan berapa ramai yang kita mahu sasarkan.

Pengguna-pengguna Facebook ini pula biasanya akan membuka Facebook terlebih dahulu berbanding laman web yang lain. Malah tidak salah jika dikatakan, ada sebahagian pengguna Facebook tidak berminat untuk melayari mana-mana website seperti blog dan sebagainya. Mereka hanya aktif di Facebook sahaja atau paling kurang, mereka teramat kerap melayari Facebook pada setiap hari.

02. Facebook Ads
Dengan fungsi Facebook Ads berbayar yang disediakan oleh pihak Facebook, kita boleh membuat iklan yang fokus, tepat dan menumpu kepada golongan yang tertentu sahaja seperti umur, minat, tempat tinggal dan jantina. Fungsi ini tiada di mana-mana laman web pengiklanan yang lain.

Walaupun FB Ads adalah memerlukan kos (berbayar), namun dengan wujudnya beberapa panduan dan kursus berkaitan pengiklanan ini, kita boleh mengelak kerugian dan kegagalan.

03. Facebook Mobile
Semakin banyak gajet yang dilengkapkan dengan aplikasi media sosial seperti Facebook. Pihak pengeluar gajet seperti Apple, Samsung, Nokia dan banyak lagi, kini memasukkan aplikasi media sosial ke dalam produk keluaran mereka.

Daripada jumlah pengguna Facebook, sebahagian mereka mengakses Internet dengan menggunakan gajet elektronik. Bermaksud, mereka akan terus menerus online di Facebook walaupun tidak berada di rumah ataupun di pejabat (tempat bekerja).

Ini adalah satu peluang untuk usahawan dan perniagaan, di mana usaha promosi kita begitu mudah dibaca dan sampai kepada pengguna-pengguna Facebook pada bila-bila masa.

04. Facebook Bersifat Viral
Aspek viral adalah salah satu ciri yang ada pada Facebook. Apa yang seseorang buat di Facebook, ia boleh diketahui oleh rakan-rakannya yang lain. Contohnya jika seorang pengguna FB klik Like satu Page bisnes, rakan lain akan tahu mengenainya. Lantas rakan-rakannya juga akan klik Like.

Sifat viral ini juga dipanggil sebagai 'promosi dari mulut ke mulut'. Selain Facebook itu sendiri bersifat viral, pengguna-pengguna FB juga suka dan kerap berkongsi mengenai perkara yang mereka suka dan tidak. Jadi, apabila kita memaksimumkan teknik pemasaran di Facebook, mesej pemasaran kita akan menjadi semakin viral dan sampai kepada ribuan pengguna Facebook yang lain.

05. Pengguna Facebook Lebih Percayakan Rakan Mereka
Pelanggan baru amat sukar mempercayai kita, tetapi apabila rakan mereka mengatakan kita adalah usahawan yang boleh dipercayai, dari situ mereka akan mula yakin untuk membeli daripada kita. Mereka mungkin akan bertanya rakan-rakan mereka dahulu, bertanya di Group yang mereka sertai ataupun membaca tulisan rakan-rakan FB mereka.

Selain daripada itu, apabila mereka melihat rakan-rakan lain berinteraksi di Fan Page kita, ia akan menyebabkan mereka juga mahu turut serta dan ambil tahu mengenai kita.



DAPATKAN 15 laporan eksklusif berkaitan pemasaran facebook (FB) di http://bit.ly/fbmarkets4u


Sunday, May 6, 2012

MARILAH menuju KEJAYAAN, Umat ISLAM mesti KAYA dan berJAYA ...

Umat Islam Mesti Kaya dan kekayaan itu digunakan utk jalan Allah.
Dalam Al-quran dan Hadis ada beberapa ayat tentang kekayaan.
“Apa sahaja harta rampasan perang yg diberikan Allah kpd Rasulnya yg berasal dari penduduk-penduduk kota, adalah utk Allah dan Rasul supaya harta itu tidak beredar dalam kalangan org kaya sahaja diantara kamu” (Surah Al-Hasyr Ayat 7)
“manusia apabila tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, dia akan berkata “Tuhanku memuliakanku”. (Surah Al-Fajr, ayat 15)
Apabila tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya, lalu dia berkata, Tuhanku menghinakanku”. (Al-Fajr Ayat 16)
Terdapat banyak lagi kekayaan dicatatkan dalam Al-quran seperti yg tertera pada surah al-baqarah ayat 80 dan 212, surah az-zariyat ayat 58, surah hud ayat 6 dan surah al-mulk ayat 15
Terdapat 25 ayat menuntut umat islam mendirikan solat dan menunaikan zakat “Wa aqimussolah, wa aatuzzakah”
seterusnya terdapat tujuh ayat yg mengandungi perintah solat dan bersedekah dan perintah zakat disebut 32 kali.
Diriwayatkan Rasulullah pernah berdoa:
“ Ya Allah, aku meminta dari-Mu petunjuk, ketakwaan,kecukupan, dan KEKAYAAN.”
(Hadis Riwayat Muslim,Tirmizi,Ibnu Majah, dan Ibn Masud)
Dalam doa yang lain pula:
“Ya Allah, jauhkan aku daripada kemiskinan dan kekafiran.”
(Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi)
Sabda Rasulullah lagi:
“Seorang muslim mesti membuat persiapan untuk akhirat seolah-olah dia akan mati pada esok hari dan berusahalah untuk kehidupan dunia seolah-olah akan hidup selama-lamanya.”
(Hadis riwayat Ad-Dailani)
Rasulullah bersabda kepada Amru bin ‘Ash:
“wahai Amru, alangkah indahnya harta yang baik pada orang kaya yang baik.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Rasulullah tinggalkan kita dengan Al-Quran dan Sunnah. Kunci untuk Berjaya adalah menjadikan Rasulullah sebagai mentor dan tiru cara nabi. Peribadi nabi wajib dijadikan ikutan. Kecintaan kepada Rasulullah seharusnya dizahirkan dengan perbuatan dan hasilnya kita akan mencipta kejayaan dan kekayaan di dunia dan akhirat.
Bagaimana mahu menunaikan zakat jika tidak kaya?
Bagaimana mahu menunaikan haji jika tidak kaya?
Bagaimana mahu bersedekah kpd anak yatim dan fakir miskin jika tidak kaya?

Kekayaan membolehkan kita berzakat dan bersedekah di jalan Allah.
Kekayaan membolehkan kita menunaikan fardhu haji dan umrah.
Kekayaan membolehkan kita selalu menziarahi Rasulullah dan Baitullah.
Kekayaan membolehkan kita membantu sesama muslim.
Jadilah Muslim yg kaya dan berjaya kerana Allah Taala.
*** Artikel di atas ditulis oleh Pengarah Syarikat Emas tersohor, Goldcrest Pavilion (GCP), 
Tn Shamsul Anuar bin Md Ali


SIMPANAN EMAS MENJAMIN MASA DEPAN