FAQ Silver

1: Kalau saya baru nak bermula, nak beli silver apa?
- Morgan/ Sunshine / Silvertowne berat 1 ozt (31.10g)/Public Silver 250g

2. Di mana saya nak beli silver?
- Beli Public gold silver 250g dengan agen-agen Public Gold/ Public Silve
- Beli Morgan/ Sunshine / Silvertowne berat 1 oz di Silver Lot Shop
- Beli Morgan/ Sunshine / Silvertowne berat 1 oz di website silveray.lot.my, merlip.lot.my dan website menjual siver runcit


3. Apa itu DMA?
A tool used by technical analysts to track the price movements of a security or commodity. It plots average daily settlement prices over a defined period of time, anywhere from a few days to a couple years. i.e 5 DMA, 14DMA, 50 DMA and 200 DMA

4. Nak beli kat mana?
Dengan kuantiti yang kecil, bullion perak boleh dibeli di Group Facebook "Silver Lot Shop"
Ia juga boleh dibeli authorised dealer Pamp dan agen Public Silver

5. Nak jual balik kat mana?
Jika anda membeli pada agen Public Silver, anda boleh menjualkan silver bar kembali kepada agen tersebut.
Secara alternatif, anda boleh jual balik kepada kenalan anda atau iklankan di Group Facebook "Silver Lot Shop" kerana ramai peminat silver berurusniaga di situ

6. Untung ke simpan silver?
Harga Silver telah meningkat 8x ganda sejak 2002 dan lebih 120% dalam tempoh satu tahun (2010-2011)

7. Berapa harga silver sekarang?
Harga silver berubah dari masa ke semasa. Anda boleh periksa harga silver di www.nubex.com.my atau http://www.kitcosilver.com/

8. Brand/jenis keluaran mana yang bagus??
Jenama premium rendah : Morgan, Silvertowne, Sunshine, Pamp Suisse 1 kg (amat bagus untuk permulaan)
Jenama premium tinggi : Silver Eagle, Maple Leaf, Philharmonics (amat bagus untuk long term)

9. Apa itu bullion?
Bullion ialah terma yang bermaksud silver bar atau silver syiling

10. Kenapa harga silver bar atau coin bukan pada spot price?
Ini kerana kos tempaan yang perlu diambil kira untuk mendapat produk bullion itu sendiri. Perbezaan harga bullion dan harga spot dinamakan premium

11. Betul ke silver boleh naik sampai USD200/oz?
Pada bull market 1960-1980, silver meningkat 50x ganda
Pada 2002 - 2011, harga silver telah meningkat kepada 8x ganda (harga semasa dalam lingkungan $42)
Harga silver ada 5x ganda ruang untuk naik. Jadi 42 x 5 adalah lebih kurang $220

12. Kenapa % kenaikan harga silver lagi tinggi berbanding emas?
Oleh kerana permintaan pelaburan DAN perindustrian sangat tinggi untuk silver, kenaikannya memang melambangkan permintaan
Emas hanya bergantung kepada permintaan pelaburan & barang kemas sahaja. Ia akan naik 'slow & steady' tetapi kemungkinan besar
akan naik lebih renda peratusan berbanding silver

13. Berapa lama saya patut pegang silver sebelum dijual semula?
Silver adalah pelaburan jangka panjang. Pastikan anda menyimpan SEKURANG-KURANGNYA 6 bulan sebelum menjual semula untuk mendapat keuntungan yang memuaskan

14. Bagaimana nak kira premium*?
a : sediakan kalkulator
b : rujuk harga spot, paling senang rujuk www.nubex.com.my, sebab dah convert ke MYR.
c : (harga spot per gram) x ( berat silver bar) = harga spot untuk 1bar
contoh :- RM4.01 x 31.1gram = RM124.71
d. ambil harga silver bar/silver coin yang dijual dengan harga semasa, contoh RM170
e. tolak harga semasa dengan harga spot :-
RM170 - RM124.71 = RM45.29
f. RM45.29 ialah premium.
g. nak kira percentage premium pula,
(premium bahagi harga spot utk 1 bar/coin) x 100.

final kira2:- (RM45.29 / 124.71) x100 = 36.3% ( wow!)
* Kredit: Sharil Jamaluddin

15.Macamana nak lihat 200 DMA dan 50 DMA untuk silver?
Pergi stockcharts.com. Lihat belah kanan bahagian start to chart. Dalam ruang symbol masukkan simbol $silver

16. Apa dia Oz?
Kebiasanya didalam barangan logam bernilai (emas,perak, palladium etc.) ini merujuk kepada troy ounce atau simbolnya yang tepat adalah Ozt. The troy ounce (ozt) is a unit of imperial measure. In the present day it is most commonly used to gauge the weight of precious metals. One troy ounce nowadays defined as exactly 0.0311034768 kg = 31.1034768 g.

Namun demikian jika simbol ini dilihat luar dari urusan logam bernilai ianya akan merujuk kepada Avoirdupous once dan nilainya adalah 1 once = 28.35 g

*di petik dari  Pelaburan Silver.com