Tuesday, June 5, 2012

myMetro | Harga istimewa pengedar GCP

Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri
dayana@hmetro.com.my
Sumber : Harian Metro - Bisnes
========================

GOLDCREST Pavilion Sdn Bhd (GCP), syarikat milik penuh Bumiputera yang menjalankan perniagaan jual dan beli emas fizikal menyasarkan untuk melantik sehingga 10,000 pengedar dalam tempoh lima tahun di seluruh negara.
Pengarah Urusannya, Shamsul Anuar Md Ali, berkata setakat ini terdapat kira-kira 3,000 pengedar yang berdaftar dengan GCP dan berjaya menikmati pelbagai keistimewaan.

“Pengedar berada di seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura. Mereka boleh menikmati keistimewaan yang disediakan antaranya pembelian emas dengan harga lebih murah,” katanya ketika ditemui Bisnes Metro. Menurutnya, pengedar boleh membuat pembelian emas pada harga lebih murah berbanding harga pasaran dan seterusnya menikmati keuntungan daripada pembelian yang dilakukan.
“Ketika ini, harga pasaran emas semasa adalah sekitar RM190/gram dan dengan mendaftar sebagai pengedar, mereka boleh membeli emas dengan diskaun antara lapan dan 10 peratus sedangkan mereka boleh menjualnya mengikut harga semasa pasaran,” katanya. Menurutnya, selain membeli emas untuk dijual, pelanggan juga boleh membeli emas sebagai medium pelaburan jangka panjang dan keuntungannya boleh dinikmati dalam tempoh lima hingga 10 tahun lagi.

“Kebanyakan individu yang berminat dalam pelaburan akan memilih dana unit amanah untuk melaburkan wang mereka, namun cara berkenaan walaupun mendatangkan keuntungan, tetapi dengan peratusan yang rendah.

“Ia berbeza dengan pelaburan emas kerana tahap keuntungannya boleh mencecah sehingga 200 peratus dalam tempoh lima tahun,” katanya sambil menambah pengedar boleh mendaftar di www.gcp.com.my.
Shamsul Anuar berkata, ketika memulakan perniagaan berkenaan pada 2009, harga emas 999 adalah RM103 segram namun selepas tiga tahun, harga komoditi itu mencecah RM190 segram.



No comments:

Post a Comment