Wednesday, February 8, 2012

Kerjaya & Rezeki

Kadang kala kita berasa penat & bosan dengan pekerjaan yg dilakukan. Mahu shj rasanya give up/resign dan duduk di rumah. Namun pabila terbayangkan wang ringgit yg diperlukan dlm kehidupan seharian, pantas langkah kaki digerakkan ke tempat kerja sambil berkata sendirian "Kalau tak keja, camner nak hidup.. duit bukanlah segalanya, ttp segalanya memerlukan duit".

Inikah makna sbenar kerja pada kita ? Sejak dari kecil, kita di ajar utk membina impian kerjaya. Tp kini, impian & cita-cita itu tidak kesampaian walaupun kita telah melepasi puncak menara gading. Apakan daya, inilah rezeki yg ditentukan olehNya. Kita hanya mampu merancang, tp hanya Allah jua yg menentukannya."

Oleh yg demikian, bersyukurlah kita dgn apa yg kita miliki kini kerana apa yg terbaik itu dtgnya dari Allah, dia lebih maha mengetahui apa yg terbaik buat umat yg dikasihinya. Setiap yg berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya yg tidak kita ketahui. wallahualam.....

No comments:

Post a Comment