Monday, September 19, 2011

Untung goyang kaki ke-2 tertinggi

Salam Ceria!


Harga emas semakin meningkat dan ramai jugalah yang terkejar-kejar hendak membeli emas walhal ianya sudah memang mahal.. Ada di antara kita dengar-dengar cakap kawan-kawan yang berprinsip "Kalau tak beli sekarang.. harga emas akan terus naik." Saya dah lama di dalam pelaburan emas, saya tak boleh nafikan yang pelaburan emas boleh dipanggil " Untung Goyang Kaki Ke-2 Tertinggi "


Aikk!!! Untung apa yang paling tinggi???


Betul-betul tak tahu atau anda semua saja buat-buat tak tahu...


Tahukah anda yang SILVER adalah pelaburan yang membawa pulangan yang paling tinggi berdasarkan rekod tahun lepas iaitu hampir 100% berbanding emas sekitar 43%...





Lagi satu, saya memang galakkan kepada pelabur baru yang modal tak banyak macam saya ni, kita bermula dengan silver....Sebab apa pilih silver?


Sebab harga silver masih murah. Silver pada saya masih mampu dimiliki oleh 80% pelabur kelas pertengahan di Malaysia...


1 oz = RM140 -RM150


1 bulan belilah 1 oz sahaja... ikut kemampuan, tak pun rembat 250g/500g atau 1kg terus...

No comments:

Post a Comment