Tuesday, September 20, 2011

Lebih murah memulakan pelaburan perak dari emas

Rata-rata rakyat Malaysia belum mampu nak simpan RM5000 sebulan. Tapi macamana kalau mula dengan RM150 sebulan? Lagi senangkan? 1 oz. (31.1g)
Kijang Emas keluaran Bank Negara baru sahaja mencecah harga lebih RM5000 pada 13 Julai lepas.


Cuba pantau harga 1 oz bullion perak di group Facebook Silver Lot Shop. Bullion premium rendah seperti Morgan atau Silvertowne yang boleh didapati dengan harga bawah RM150.


Mana satu yang lebih mampu milik? Memang betul, ada syarikat yang jual serendah 5g emas tapi harganya masih RM700 ke atas. Tabiat menyimpan ni kena konsisten, kalau anda termasuk golongan yang bernasib baik dan ada RM700 atau RM5000 sebulan, Alhamdulillah. Tapi bagaimana dengan 80% rakan-rakan kita yang lain?


Saya nak ajak SEMUA kawan-kawan saya untuk mula menyimpan emas dan perak. Kena tengok kemampuan jugak. Saya yakin lebih ramai mampu mula dengan pelaburan perak dari emas.


* Kredit pada group PelaburanSilver.com

No comments:

Post a Comment