Showing posts with label GCP. Show all posts
Showing posts with label GCP. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

myMetro | Harga istimewa pengedar GCP

Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri
dayana@hmetro.com.my
Sumber : Harian Metro - Bisnes
========================

GOLDCREST Pavilion Sdn Bhd (GCP), syarikat milik penuh Bumiputera yang menjalankan perniagaan jual dan beli emas fizikal menyasarkan untuk melantik sehingga 10,000 pengedar dalam tempoh lima tahun di seluruh negara.
Pengarah Urusannya, Shamsul Anuar Md Ali, berkata setakat ini terdapat kira-kira 3,000 pengedar yang berdaftar dengan GCP dan berjaya menikmati pelbagai keistimewaan.

“Pengedar berada di seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura. Mereka boleh menikmati keistimewaan yang disediakan antaranya pembelian emas dengan harga lebih murah,” katanya ketika ditemui Bisnes Metro. Menurutnya, pengedar boleh membuat pembelian emas pada harga lebih murah berbanding harga pasaran dan seterusnya menikmati keuntungan daripada pembelian yang dilakukan.
“Ketika ini, harga pasaran emas semasa adalah sekitar RM190/gram dan dengan mendaftar sebagai pengedar, mereka boleh membeli emas dengan diskaun antara lapan dan 10 peratus sedangkan mereka boleh menjualnya mengikut harga semasa pasaran,” katanya. Menurutnya, selain membeli emas untuk dijual, pelanggan juga boleh membeli emas sebagai medium pelaburan jangka panjang dan keuntungannya boleh dinikmati dalam tempoh lima hingga 10 tahun lagi.

“Kebanyakan individu yang berminat dalam pelaburan akan memilih dana unit amanah untuk melaburkan wang mereka, namun cara berkenaan walaupun mendatangkan keuntungan, tetapi dengan peratusan yang rendah.

“Ia berbeza dengan pelaburan emas kerana tahap keuntungannya boleh mencecah sehingga 200 peratus dalam tempoh lima tahun,” katanya sambil menambah pengedar boleh mendaftar di www.gcp.com.my.
Shamsul Anuar berkata, ketika memulakan perniagaan berkenaan pada 2009, harga emas 999 adalah RM103 segram namun selepas tiga tahun, harga komoditi itu mencecah RM190 segram.



Saturday, June 2, 2012

Panduan meningkatkan simpanan emas keluarga ~ Part II


Kaedah yang betul ialah beli dan simpan-ini pun anda dah boleh untung. Tak perlu buat apa-apa.

Teknik termudah : Beli bila ada lebihan wang

Jika anda ada duit simpanan di bank, bolehlah dikeluarkan dan simpan emas pula. Tinggalkan sedikit sahaja untuk kegunaan on the spot dan kecemasan segera. Produk emas sekarang sangat mudah ditukarkan dengan wang kertas bila perlu kerana agen-agen emas sangat ramai,dan mereka sedia membeli emas anda bila-bila masa. Tak percaya? Ini adalah fakta.

Dahulu saya sering mendengar alasan “emas susah nak jual balik, lambat nak cairkan”. Hakikatnya saya sendiri pernah jual emas sehingga lewat malam sebab pelanggan saya tersebut keretanya rosak dan perlukan wang segera. Ada juga rakan dealer saya yang dihubungi pelanggannya dan mereka jumpa di pasaraya sebab dia nak bershopping dengan duit jual emas. So,tanggapan emas susah nak dicairkan (tukar emas kepada wang kertas) sangatlah tidak tepat dengan situasi sekarang.

Mungkin anda juga boleh beli jika anda mendapat bonus atau keuntungan hasil perniagaan. Sama macam saya, jika perniagaan gerai kami dapat untung, saya akan cepat-cepat beli emas, ikut kemampuan. Dapatlah 1 dinar atau sekurang-kurangnya 10g sebulan hasil keuntungan,dan selebihnya untuk kegunaan lain akan saya asingkan. Bila perlukan modal untuk besarkan biz barulah saya jual, dan biasanya harganya lebih tinggi dari waktu saya mula-mula beli. Jika tidak perlukan modal dan tiada keperluan,saya akan simpan sahaja dan kalau ada pelanggan yang nak beli,saya akan jual dan restock semula dengan harga yang murah.Emas dapat, untung pun dapat, yang penting, kekalkan gram.

* Credit to Cikgu Simple (Founder JutawanGold.com)


KINI SEMUA ORANG MAMPU MEMILIKI EMAS

Gold Bar GCP - 1gram (24k)1 Gram GCP Goldbar 999.9 (24k). Murah untuk dimiliki, mudah juga untuk disimpan.

Sangat sesuai dijadikan hobi menyimpan bulanan sebagai ganti simpanan wang kertas yang susut nilainya saban tahun.

Boleh dijadikan hadiah dan maskahwin.

Jaminan belian semula oleh syarikat GCP.

Kini tiada alasan lagi untuk tidak memiliki emas.

Miliki 1 gram emas anda hari ini

MFaizal Ishak (ad3034) 012 667 1576 (SMS)
Nilai < - > HPCampus Cyberjaya
Official website: http://www.gcp.com.my/

Monday, May 21, 2012

Panduan meningkatkan simpanan emas keluarga ~ Part I


Gold Bar GCP - 24KRamai orang yang bercerita tentang emas sekarang ni. Macam-macam versi yang boleh didengar dan dibaca di internet, antaranya :

“pelaburan emas ni dapat duit bulan-bulan,dividen ini akan dapat selagi kita simpan emas” - skim

“beli emas dengan modal hanya RM5k,kita boleh dapat emas 100g,emas disimpan di bank” - sistem ar rahnu 35:65

“beli emas jenama X ni murah sangat berbanding emas syarikat lain” - spread sangat besar , sehingga 20%

“simpan emas tak rugi,harga naik je ” - jangka masa panjang ianya memang benar

“beli saham emas dapat dividen dan pulangan lumayan,syarikat dikenali seluruh dunia” - scam


Bagaimanakah kita nak pastikan yang kita menggunakan kaedah dan teknik simpanan emas yang betul?

Mudah sahaja!

Pastikan anda beli emas,dapat emas dan rancanglah simpanan anda mengikut keperluan sama seperti anda pernah menyimpan di bank sebelum ini.Ramai yang berlumba-lumba menyimpan seberapa banyak wang di bank, walaupun kadar pulangannya sangat rendah,dan jika tinggi sekalipun dividen tersebut,akan menjadi kurang semula atas faktor susut nilai wang kertas yakni INFLASI.

* Credit to Cikgu Simple (Founder JutawanGold.com)


KINI SEMUA ORANG MAMPU MEMILIKI EMAS

Gold Bar GCP - 1gram (24k)1 Gram GCP Goldbar 999.9 (24k). Murah untuk dimiliki, mudah juga untuk disimpan.

Sangat sesuai dijadikan hobi menyimpan bulanan sebagai ganti simpanan wang kertas yang susut nilainya saban tahun.

Boleh dijadikan hadiah dan maskahwin.

Jaminan belian semula oleh syarikat GCP.

Kini tiada alasan lagi untuk tidak memiliki emas.

Miliki 1 gram emas anda hari ini

MFaizal Ishak (ad3034) 012 667 1576 (SMS)
Nilai < - > HPCampus Cyberjaya
Official website: http://www.gcp.com.my/

Sunday, May 6, 2012

MARILAH menuju KEJAYAAN, Umat ISLAM mesti KAYA dan berJAYA ...

Umat Islam Mesti Kaya dan kekayaan itu digunakan utk jalan Allah.
Dalam Al-quran dan Hadis ada beberapa ayat tentang kekayaan.
“Apa sahaja harta rampasan perang yg diberikan Allah kpd Rasulnya yg berasal dari penduduk-penduduk kota, adalah utk Allah dan Rasul supaya harta itu tidak beredar dalam kalangan org kaya sahaja diantara kamu” (Surah Al-Hasyr Ayat 7)
“manusia apabila tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, dia akan berkata “Tuhanku memuliakanku”. (Surah Al-Fajr, ayat 15)
Apabila tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya, lalu dia berkata, Tuhanku menghinakanku”. (Al-Fajr Ayat 16)
Terdapat banyak lagi kekayaan dicatatkan dalam Al-quran seperti yg tertera pada surah al-baqarah ayat 80 dan 212, surah az-zariyat ayat 58, surah hud ayat 6 dan surah al-mulk ayat 15
Terdapat 25 ayat menuntut umat islam mendirikan solat dan menunaikan zakat “Wa aqimussolah, wa aatuzzakah”
seterusnya terdapat tujuh ayat yg mengandungi perintah solat dan bersedekah dan perintah zakat disebut 32 kali.
Diriwayatkan Rasulullah pernah berdoa:
“ Ya Allah, aku meminta dari-Mu petunjuk, ketakwaan,kecukupan, dan KEKAYAAN.”
(Hadis Riwayat Muslim,Tirmizi,Ibnu Majah, dan Ibn Masud)
Dalam doa yang lain pula:
“Ya Allah, jauhkan aku daripada kemiskinan dan kekafiran.”
(Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi)
Sabda Rasulullah lagi:
“Seorang muslim mesti membuat persiapan untuk akhirat seolah-olah dia akan mati pada esok hari dan berusahalah untuk kehidupan dunia seolah-olah akan hidup selama-lamanya.”
(Hadis riwayat Ad-Dailani)
Rasulullah bersabda kepada Amru bin ‘Ash:
“wahai Amru, alangkah indahnya harta yang baik pada orang kaya yang baik.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Rasulullah tinggalkan kita dengan Al-Quran dan Sunnah. Kunci untuk Berjaya adalah menjadikan Rasulullah sebagai mentor dan tiru cara nabi. Peribadi nabi wajib dijadikan ikutan. Kecintaan kepada Rasulullah seharusnya dizahirkan dengan perbuatan dan hasilnya kita akan mencipta kejayaan dan kekayaan di dunia dan akhirat.
Bagaimana mahu menunaikan zakat jika tidak kaya?
Bagaimana mahu menunaikan haji jika tidak kaya?
Bagaimana mahu bersedekah kpd anak yatim dan fakir miskin jika tidak kaya?

Kekayaan membolehkan kita berzakat dan bersedekah di jalan Allah.
Kekayaan membolehkan kita menunaikan fardhu haji dan umrah.
Kekayaan membolehkan kita selalu menziarahi Rasulullah dan Baitullah.
Kekayaan membolehkan kita membantu sesama muslim.
Jadilah Muslim yg kaya dan berjaya kerana Allah Taala.
*** Artikel di atas ditulis oleh Pengarah Syarikat Emas tersohor, Goldcrest Pavilion (GCP), 
Tn Shamsul Anuar bin Md Ali


SIMPANAN EMAS MENJAMIN MASA DEPAN