Friday, May 1, 2009

UNIT TRUST - Kenapa melabur dalam unit trust?

kepelbagaian: ini bermaksud, duit yang dilaburkan akan di pecah2 kan ke banyak portfolio termasuk stoks, bon, sekuriti, money market dan pelbagai lagi dibawah pengurusan fund manager. dengan cara ni, dpt mengurangkan risiko dan pulangan akan diperolehi pada risiko yang minima.

pengurusan yang profesional: dana aset akan di uruskan oleh pengurus dana (fund manager) profesional yang berpengalaman. pelaburan di buat based on extensive research, market analisa, dan pemerhatian yang terperinci dalam ekonomi.

kecairan: bermaksud pelabur boleh kluarkan semula wang yg dilaburkan dlm tempoh 10 hari waktu berkerja. tiada cas akan dikenakan bagi setiap pengeluaran.

senang: transaksi yang mudah untuk membeli dan menjual semula unit amanah. pelabur akan di update kan info mengenai pelaburan melalui interim report dan laporan tahunan.


3 bentuk keuntungan:

capital gain: cth, masa beli harga nav per unit RM0.30. slepas sesuatu jangka masa, harga nav per unit dah berubah menjadi RM0.40. maknanya dekat situ, kita dah kaut keuntungan RM0.10 untuk setiap unit.

dividend: dividend biasanya akan diumumkan pada tahun berakhir kewangan untuk sesuatu dana. maksudnya peratus keuntungan yang diperolehi dari pelaburan kita tersebut. cth, investment RM10k, tahun berakhir seterusnya, dividend declared 10%, so kita dah untung RM1000.

bonus: bonus akan diberi dalam bentuk pertambahan unit. cthnya, setiap pelabur diberi tambahan 1% unit mengikut nilai nav yang terkumpul. tetapi bonus xsemestinya berlaku setiap tahun. dia bergantung kepada pasaran.

p/s: melaburlah dlm dana yang dijamin halal. insya Allah keuntungan pun halal.

* courtesy of CG Forum

No comments:

Post a Comment